Jumat, 14 Mei 2010

ku ingin kau bahagia

"Aku kan bahagia bila kau bahagia..." Ungkapan yang biasa kita dengar bila bila sang kekasih terpaksa melepaskan sing kekasihnya... Ungkapan rela hati....

Terfikir. Betulkah dia rela hati melepaskan kekasihnya atau dia cuma menyedapkan hati sendiri atau hati mantan kekasihnya itu...

Benar. Dia hanya menyedapkan hatinya. Namun ia tidak benar untuk semua org. Terutamanya kepada mereka yang percaya kepada, "kita kan dapat apa yang kita berikan". Kita berikan kebahagian kepada org itu, kebahagian juga kan datang kepada kita. Bagaimana? Kita lepaskan dia...dia bahagia dengan pilihannya maknanya kita telah memberi bahagia kepadanya.. Dan bahagia kita itu bila mana kita telah membahagiakan dia. Bagaimana kita nak bahagia kalau kita berdendam kerana ditinggalkan. Ada sahaja rasa dengki, marah dan sebarang unsur negetif dalam diri kita. Tidak redha dengan apa yg berlaku. Akhirnya dengan unsur negetif dalam diri memakan diri sendiri. Hidup tak tenteram jiwa beragam. Di mana peluang ketenangan? Di mana ruang kebahagiaan?
Berbalik kepada bahagia itu bila kita membahagiakan. Apa itu bahagia? Bahagia itu subjektif... Ada org kata bahagia bila isterinya cantik, ada kata dia bahagia gajinya besar.. ada org bahagia naik pangkat walaupun pangkatnya ketua pak guard, ada org bahagia klu hasil tulisannya disiarkan d majalah... bahagia adalah di hati masing-masing... bahagia- di mana perasaan yang muncul apabila keinginan / hajat / impian tercapai... Bila bahagia itu ada. Kita tidak mencari lagi bahagia sebaliknya kita menjalani bahagia itu dan hidup lebih bermakna. Membahagiakan....berbahagia..

0 komentar:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com